Untuk pengetahuan semua, Dewa Besar mahu pergi bertapa untuk memantapkan ilmu perguruan. ini seiring dengan hasrat Dewa Besar untuk menghasilkan sesuatu yang maha dahsyat yang selayaknya digelar masterpiece.
Adalah tak lengkap jikalau pertapaan Dewa Besar tidak diiringi dengan ujian-ujian yang maha hebat, maka telah pun ditetapkan tarikh pertarungan Dewa Besar dengan jagoan-jagoan pendekar tempatan yang selayaknya beradu kekuatan fizikal dan kecerdasan mental bersama di medan pertarungan.
3hb November 2009 - Jurutera Dalam Masyarakat
Jagoan yang bergelar JDM atau nama lainnya, Jerit Dan Meraung merupakan pahlawan ulung dari tanah besar Jawa. pencak kod ethic serta nilai moral menjadi taruhannya nanti.
5 November 2009 - Teknologi CNC
Antara pahlawan yang paling sukar untuk diatasi dek kerana pencak seni yang tinggi ditambah lagi dengan kemahiran menggunakan alatan senjata seperti mesin CNC semestinya menyukarkan pergerakan lawan. tak lupa juga hikmat pencak coding milling dan turning yang semestinya mampu mencipta ilusi di minda pihak lawan.
8 November 2009 - Lean Manufacturing
Merupakan pahlawan termuda antara jagoan lain namun jangan dipandang rendah kepadanya kerana dia mampu mematahkan langkah dan jurus dalam masa yang singkat dengan pengamatan pusat kepada elimination of waste. banyak menggunakan jurus dari Orient atau Negara Matahari Terbit, lawan ini memang bukan calang-calang seteru.
10 November 2009 - Projek Management
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Kalau tka dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. gerangan siapakah lawan ini?
12 November 2009 - Manufacturing Strategy
Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua hamba ke mari. walaupun pernah tewas sekali dengan lawan yang begitu ampuh ini, namun Dewa Besar telah berjaya menundukkan lawan ini seraya mendapat pujian sekali. namun pertarungan kali ini nampaknya bakal menentukan segalanya.
13 November 2009 - Entrepeneurship
Pahlawan yang mendapat jolokan nama dari Perancis ini merupakan pahlawan materialistik yang mementingkan keuntungan dari nilai seni pencak pertarungan. medan pertarungan ini merupakan medan paling sesuai untuk menundukkannya seraya menidakkan persepsi beliau.
Demikian tarikh pertarungan sengit Dewa Besar dengan jagoan-jagoan serta pahlawan ulung dunia kejuruteraan pembuatan. seraya dengan itu, Dewa Besar memohon jasa baik kalian untuk mendoakan kesejahteraan serta memudahkan urusan agar tenang Dewa Besar untuk bertarung nanti.
Sebelum tu, mai layan lagu nie dolu. Old skool still kicking !!!